Kamis, 30 Januari 2014
Isu DAP ROS Semakin Tegang

KUALA LUMPUR – Isu yang berlaku diantara DAP dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung arahan mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bertambah tegang.
Ia ekoran dakwaan terbaru Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman bersengkokol dalam kempen skuad Demolish/Destroy DAP (DDD) untuk menjatuhkan parti berkenaan.
“Ketua Pengarah ROS baru-baru ini mengingatkan ahli DAP supaya tidak menaruh harapan untuk membentuk parti baharu jika pendaftaran DAP dibatalkan membuktikan beliau selama ini bertindak mengikut skrip skuad DDD untuk memusnahkan DAP,” dakwanya melalui satu kenyataan media.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, Abdul Rahman membuat kenyataan itu melalui akhbar The Star pada 26 Julai 2013 yang mengingatkan anggota DAP supaya tidak menaruh “harapan palsu” untuk membentuk parti baru jika pendaftaran DAP dibatalkan oleh agensi tersebut.
Dakwa beliau, kenyataan Abdul Rahman itu memeranjatkan pemimpin dan ahli DAP kerana soal penubuhan parti baharu jika pendaftaran DAP dibatalkan tidak pernah dibangkitkan oleh DAP memandangkan tiada sebab untuk pendaftaran DAP dibatalkan oleh ROS.
Beliau seterunya mendakwa, kenyataan Ketua Pengarah ROS itu juga menunjukkan sikap beliau yang bertindak secara bebas, adil, dan profesional dalam menghadapi isu CEC DAP.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar