Senin, 03 Februari 2014
Wilfried Nafi Diketepikan Oleh United Akibat Cinta

LONDON – Pemain sayap Manchester United, Wilfried Zaha, 21, menyelar dakwaan bahawa dia menjalin hubungan dengan anak perempuan pengurus pasukan itu iaitu Lauren Moyes hingga menyebabkan David Moyes tidak memilihnya untuk mengisi skuad kesebelasan utama.
Sebaliknya, kata Zaha, dia tidak pernah bertemu dengan Lauren.
Penafian itu dibuatnya melalui akaun twitternya, yang mempunyai 490,000 pengikut.
“Saya tidak pernah menjalin hubungan atau bertemu anak perempuan David Moyes, jadi ia bukan alasan kenapa saya tidak diturunkan.
“Saya mahu semua fitnah ini dihentikan. Saya akan bermain untuk Manchester United apabila pengurus saya merasakan bahawa saya sudah bersedia,’’ demikian tulisnya dalam twitter tersebut.
Dia bagaimanapun memadamkan entri berkenaan selepas itu.
Zaha menyertai United awal Januari lalu tetapi dipinjamkan kepada Crystal Palace sepanjang musim 2012-2013
Pemain itu dilahirkan di Ivory Coast dan meninggalkan benua Afrika itu sejak usianya empat tahun.
Spekulasi mengenai hubungan Zaha dengan Lauren hangat diperkatakan sejak bulan Oktober lalu.
Keadaan itu juga menyebabkan Lauren memadamkan akaun twitternya.
Selain Lauren, Moyes mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu David Jnr.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar