Jumat, 20 Desember 2013
Katy Perry Lancar Single Terbaru

Selepas Roar berjaya menduduki tangga teratas Billboard, Katy Perry bakal tampil dengan single Unconditionally yang turut termuat dalam album terbarunya, Prism.
Single itu bakal diperdengarkan secara langsung buat kali pertama di anugerah MTV Europe Music Awards (EMA) 2013, 10 November depan di Ziggo Dome, Amsterdam, Belanda.
Perkara ini dikongsikan Katy di laman Twitter sambil memaklumkan, dia kini sedang berlatih untuk persembahannya kelak.
Dalam majlis anugerah berprestij yang diacarakan pelawak Will Ferrell tersebut, Katy turut tercalon dalam kategori Best Pop dan Best Female.
Selain Katy, calon lain termasuklah Robin Thicke dan Miley Cyrus. - REM RAMZI
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar